Friday 21 September 2012

Repair Laptop Toshiba Satellite L310

Repair Laptop Toshiba Satellite L310

Bercakap mengenai laptop toshiba, brand ini sering mengalami masalah berkaitan dengan power controller chip. Namun bukan semua model yang bermasalah ya. Cuma kita perlu pandai untuk survey dan memilih model mana yang jarang dan tidak selalu rosak disebabkan manufacturing failure. InsyaAllah kalau kita pilih yang betul betul ok, jaga dengan baik maka tahan lamalah laptop kita tu.
Masalah Laptop Toshiba Satellite L310
Toshiba Satellite L310 mengalami masalah yang jarang didengar. Tapi ada persamaan dengan laptop model Acer iaitu Acer Aspire 4935. Bila kita nak ON kn laptop kita kena pakai bateri. Laptop tidak akan ON jika kita menggunakan adapter sahaja. Masalah keduanya adalah tanpa menekan button ON laptop akan ON dengan sendirinya. Dan masalah yang ketiga, laptop tidak boleh shutdown. Walau berapa kali kita mencuba untuk shutdown (secara normal) laptop akan mati sekejap then ON selepas beberapa saat.

Punca Masalah
Tiada masalah lain yang menyebabkan perkara diatas berlaku. Power controller chip adalah kunci kepada semua masalah ini. Power controller chip yang digunakan untuk model ini adalah yang tidak tahan panas (masalah biasa) kerana struktur pembinaannya berdekatan dengan heatsink. Oleh kerana menggunakan chipset yang kurang berkualiti dari segi ketahan haba, chipset tersebut memang selalu rosak dan model ini memang perkara wajib jika masalah ini berlaku.

Cara penyelesaian
Untuk memastikan laptop beroperasi normal seperti baru dibeli, memang chipset yang rosak perlulah ditukar. Hanya itu sahaja yang perlu dilakukan jika anda teringin untuk mengurangkan bajet bulanan. Kaedah tersebut adalah paling ekonomi kerana anda tidak perlu menukar motherboard jika masalahnya kita dapat atasi dengan harga yang sangat rendah. Dan kami ingin berpesan supaya servis laptop 6 bulan sekali untuk dicuci. Habuk yang banyak salah satu penyebab motherboard rosak. Laptop juga perlu dicuci apabila anda merasakan laptop mencapai tahap maksimun kepanasanya.

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

No comments:

Post a Comment