Wednesday 27 January 2016

REPAIR : MACBOOK PRO A1278 - MASALAH OS (OPERATION SYSTEM)

MacBook Pro 13" Unibody Late 2011 

  • tidak boleh masuk os 
  • sangkut pada logo apple
  • roda pelangi berpusing pada startup 
  • loading bar bergerak separuh dan shutdown

  • update software tidak habis
  • pemasangan aplikasi daripada sumber tidak diketahui
  • upgrade os x yang tidak dilakukan dengan cara yang betul


Testimoni


Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Akmal
Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan Akmal ialah macbook beliau mengalami masalah sistem, dimana loading bar bergerak separuh dan terus shutdown. Masalah ini kerap berlaku apabila adanya ter update system OS ataupun sesuatu aplikasi.
Tuan Akmal terjumpa video iklan kami di FB dan terus menelefon kami untuk menyelesaikan masalah macbooknya. Tuan Akmal risau akan data-data penting dan kerjanya dalam macbook hilang akibat daripada masalah ini, kami menenangkan Tuan Akmal dengan memberi jaminan bahawa semua datanya boleh di backup dan hanya aplikasi tertentu sahaja tidak dapat diselamatkan. 
Alhamdulillah, masalah macbook Tuan Akmal berjaya kami selesaikan dan terkejut Tuan Akmal semua datanya boleh dapat kembali, Tuan Akmal berasa sangat gembira dapat guna kembali macbooknya dan rasa terjamin. 

Untuk mendapatkan tips-tips penjagaan mac dan info-info yang berkaitan, bolehlah pm kami EMAIL anda di bawah

PM EMEL DISINI

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Testimoni pelanggan yang telah berjaya kami selesaikan masalah laptop mereka disini 

Testimoni pelanggan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan juga tips-tips berkaitan penjagaan laptop kesayangan anda. 



Tuesday 26 January 2016

UPGRADE : MACBOOK PRO A1286 UPGRADE SSD 512GB

MacBook Pro 15" Unibody Late 2011 upgrade SSD 512gb

Masalah


Slow/lambat apabila buka sesuatu aplikasi

kemungkinan merangkumi permasalahan dibawah  

  • Masalah OS 
  • Masalah HDD
  • Masalah Overheat
  • Masalah RAM


Jika tiada sebarang masalah terus Upgrade kepada Solid State Drive(SSD) 


Image 1/2: Remove the hard drive cable by pulling its connector straight away from the hard drive.
HDD ORIGINAL
SSD 512GB
TESTIMONI
Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Aizuddin Ariff
Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan Aizuddin Ariff ialah macbook beliau mengalami masalah slow dan lambat apabila buka sesuatu aplikasi. Masalah ini kerap berlaku apabila Tuan Aizuddin Ariff mengunakan aplikasi editing sperti Adobe photoshop, Adobe Illustrator, dan yang paling ketara semasa render video mengunakan Adobe After Effect.
Tuan Aizuddin Ariff terjumpa video iklan kami di FB berkenaan kelajuan Solid State Drive(SSD) dan terus menelefon kami untuk upgrade macbooknya. Tuan Aizuddin Ariff meminta kami pasangkan 512gb SSD dalam macbooknya, "Alang-alang upgrade, biar puas hati." kata Tuan Aizuddin Ariff.
Alhamdulillah, macbook Tuan Aizuddin Ariff berjaya kami upgrade dan terkejut Tuan Aizuddin Ariff macbooknya laju dari biasa, Tuan Aizuddin Ariff berasa sangat gembira dapat guna kembali macbooknya dengan lebih laju dan memudahkan kerjanya nanti. 

Untuk mendapatkan tips-tips penjagaan mac dan info-info yang berkaitan, bolehlah pm kami EMAIL anda di bawah

PM EMEL DISINI

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Testimoni pelanggan yang telah berjaya kami selesaikan masalah laptop mereka disini 

Testimoni pelanggan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan juga tips-tips berkaitan penjagaan laptop kesayangan anda. 




PROJEK AMAL OK COMPUTER SOLUTION

Sejak tahun 2014, Ok Computer solution telah melancarkan suatu program yang dinamakan sebagai OK CHARITY SOLUTION.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk membantu gelandangan dalam mendapatkan keperluan asas seharian dan menerapkan semangat tanggungjawab serta rendah diri terhadap kekurangan orang lain.
Program ini telah dijalankan secara berkala atas kerjasama semua ahli yang menyertai program ini iaitu daripada pengasas ok computer solution , rakan kongsi, pekerja serta rakan-rakan.
Jumlah gelandangan di bandar raya Kuala Lumpur dikatakan semakin meningkat. Mengikut kajian Datuk Bandar pada tahun lalu, semasa itu ada kira-kira 600 gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Namun beliau mengakui pertambahan jumlah gelandangan di ibu kota itu. Menurut bancian DBKL, kini ada kira-kira 1,500 hingga 2,000 gelandangan di Kuala Lumpur setiap hari.
Kawasan tertentu sekitar ibu negara menjadi tempat berkeliaran golongan gelandangan. Kawasan yang menjadi tumpuan mereka ialah Hentian Puduraya, Kompleks Daya Bumi, kompleks Kotaraya, Cahaya Suria di Jalan Tun Perak dan kawasan lapang perhentian bas di Jalan Tun Tan Cheng Lock serta di beberapa tempat lain di kota, seperti di Chow Kit dan juga kawasan sekitar. 
Ditulis oleh Harakah

Jelas sekali, gelandangan juga manusia dan mempunyai hak mereka untuk terus hidup di bumi ini. Tiada siapa yang mengetahui nasib diri masing-masing. Semuanya telah tertulis di Luft Mahfuz.

 Jika hari ini bergelar jutawan, siapa tahu esok hari menjadi gelandangan. Siapa pun kita, status yang ada bukanlah kekal dan ingatlah roda sentiasa berpusing, sama seperti kehidupan yang kita miliki, kerana sesiapa pun boleh bergelar orang gelandangan. 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------








Klik disini untuk hantar email anda





----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GAMBAR SEKITAR PENGAGIHAN PAKAIAN DAN MAKANAN KEPADA GELANDANGAN



THROWBACK - TECHDAY 2015 ANJURAN TOURISM MALAYSIA



PUTRAJAYA - 29 May 2015. Terima kasih kami ucapkan kepada Tourism Malaysia kerana telah menjemput Ok Computer Solution dalam jayakan Techday 2015 yang diadakan di dewan serbaguna Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, presint 5.

Techday 2015 ini adalah satu persidangan digital anjuran Jabatan Teknologi Maklumat dibawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, ianya bertujuan memberi pendedahan berkaitan Microsoft Skype for Business, OneDrive dan Microsoft Office 2013 kepada kakitangan teknikal yang disampaikan oleh Zawiyah Ahmad yang merupakan salah seorang pakar dalam pengendalian Microsoft office 2013 ( Microsoft Office Specialist Master 2013 ) .


Kami sangat berbesar hati apabila Ok Computer Solution diberi satu booth secara percuma untuk kami kongsikan tips dan cara penjagaan laptop kepada kakitangan kerajaan. Malah bukan itu sahaja kami juga turut memberi nasihat dan menjawab persoalan permasalahan laptop mereka tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.

Booth Ok Computer Solution
Melihat video proses service laptop
Seorang pelanggan sedang memeriksa spec laptop 


Gambar sekitar Techday 2015

- Penerangan tentang penjagaan laptop dan menjawab permasalahan laptop oleh staf kami -



















Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia kerana menjemput Ok COmputer Solution ke Techday 2015 ini. Semoga industri pelancongan terus subur dan semakin memberangsangkan. 

Sesi penyampaian sijil oleh wakil Tourism malaysia

#Techday2015 #TourismMalaysia #okcomputersolution #okcs  


Monday 25 January 2016

REPAIR : Lenovo ThinkPad X100e - Display problem

LENOVO THINKPAD X100E REPAIR



Masalah

Masalah paparan (display problem)

merangkumi masalah dibawah

  • terlihatnya garisan menegak di paparan(Vertical line problem)
  • terlihatnya garisan melintang di paparan (Horizontal line problem)
  • paparan warna menjadi pecah-pecah (Color pixel problem)
  • Tiada paparan (No display)

Punca Masalah

Punca masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh kepanasan terlampau pada grafik chipset (overheat).

Overheat pula berpunca dari kipas yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard.

 Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak.

Selepas repair



Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Azman.
Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan Azman ialah laptop beliau mengalami masalah tiada paparan.
Tuan Azman terjumpa iklan kami di FB dan terus menelefon kami untuk repair laptop. Dalam tempoh diagnosis, kami dapati laptop Tuan Azman overheat, dan habuk memenuhi ruang pengudaraan, malah thermal paste juga telah kering.
Alhamdulillah, laptop Tuan Azman berjaya dibaiki dan elok seperti biasa, Tuan Azman berasa sangat gembira dapat guna kembali laptopnya.

Untuk mendapatkan tips-tips penjagaan laptop dan info-info yang berkaitan, bolehlah pm kami EMAIL anda di bawah

PM EMEL DISINI

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Testimoni pelanggan yang telah berjaya kami selesaikan masalah laptop mereka disini 

Testimoni pelanggan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dapatkan juga tips-tips berkaitan penjagaan laptop kesayangan anda.