Saturday 18 June 2016

Membongkar Rahsia Jualan iPhone Murah Pada Laman Instashop

Akhir-akhir ini, banyak laman Instashop (kedai online yang dibuka melalui akaun Instagram) menjual iPhone dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Bayangkan, sebuah iPhone 5s yang dijual pada harga rasmi RM1999 boleh didapati dengan harga RM1699 pada laman Instashop ini. Malah, iPhone 5 yang sudah ditamatkan pengeluarannya pada September 2013 kini secara tiba-tiba boleh didapati dalam bentuk set baru.


Tawaran yang hadir pada laman Instashop ini sememangnya menarik namun pernahkah anda terfikir bagaimana mereka mampu menjual iPhone yang jauh lebih murah berbanding di pengedar rasmi? Bagaimana pula iPhone 5 kini boleh tampil dengan set baru sedangkan hampir setahun setengah sudah ditamatkan pengeluarannya? Perkara ini semestinya dijayakan dengan penjualan set refurbished/recondition.

Apa yang menjadi isu di sini, kebanyakan penjual tidak menyatakan keadaan sebenar iPhone yang dijual sama ada betul-betul original dari Apple atau dari sebuah telefon refurbished/recondition set. Ini mengelirukan banyak pihak terutamanya dari segi penebusan waranti yang mana ia tidak diterima melalui Apple Malaysia.


Seperti kes di atas, kebanyakan penjual iPhone refurbished/recondition sendiri kurang mengenali keadaan sebenar iPhone yang dijual. Apa yang mereka sedia maklum, iPhone yang dijual adalah sebuah iPhone original.

iPhone recon, motherboard sahaja original. Tapi body, bateri, dan akesesori semua dari third party yang tidak lagi original.Tapi memang ya, iPhone recon tetap iPhone original. Bukanfake, bukan China set (telefon tiruan) dan bukan body iPhone dalam pakai Android. Itu sebab penjual yakin yang mereka menjual iPhone original.

iPhone recon masih iPhone original? Ya. Masih original. Maksud original di sini ialah motherboard sahaja yang original. Itu sebab kenapa ia boleh menjalankan iOS dan bukan sistem operasi Android seperti telefon tiruan. Namun, bahagian lain sepertibody, bateri, dan aksesori (charger dan Earpod) adalah darithird party dan bukan lagi dari bahagian original.

Untuk memudahkan lagi anda memahami maksud refurbished/recondition, ia sebuah telefon lama yang dibarukan. Jadi di sini, motherboard dari iPhone lama akan dikeluarkan dan kemudian, ia digantikan dengan body yang baru untuk menampakkan kesan ‘baru’ tersebut. Mereka turut menggantikan bateri dan aksesori baru (majoritinya menggunakan set third party) yang menjadikan seolah-olah telefon yang anda beli adalah kelihatan seperti set baru dan bukan set ‘second hand’.


Bagaimana pula dengan refurbished set yang dijual sendiri di laman Apple? Sebenarnya, istilah refurbished/recondition bukan lah satu istilah buruk. Ia juga boleh tampil dengan istilah “officially refurbished” yang mana ia dibarukan dengan body, bateri, dan aksesori yang memang betul-betul original dari Apple.

Akan tetapi, official refurbished set yang memang dari kilang rasmi Apple tidak berlaku dekat Malaysia kerana Apple Malaysia tidak menjual refurbished set secara rasmi setakat ini. Yang ada pun refurbished set dari pengedar rasmi (seperti Machines, macstudio, Switch, EpiCentre) yang mana mereka sendiri akan membaharukan telefon tersebut (dengan aksesori original) atau membaiki telefon anda sekiranya rosak.

Waranti iPhone recon tidak boleh ditebus melalui Apple Malaysia.Bagi iPhone (refurbished/recondition) yang dijual di Instashop atau bukan dari pengedar yang sah, perlu diingatkan, iPhone recon ini menggunakan body, bateri, dan aksesori dari third party. Bermakna, majoritinya tidak tahan lama berbanding dengan sebuah iPhone yang binaan dan aksesorinya betul-betul dari keluaran original.

Sekiranya iPhone ini rosak, anda tidak boleh claim waranti dekat Apple Store sebaliknya perlu dirujuk melalui kedai yang dibeli.

Untuk melihat sama ada iPhone yang anda beli betul-betul baru dari kilang rasmi Apple, anda boleh melihat status waranti pada laman selfsolve.apple.com. Anda hanya perlu memasukkan serial number (IMEI) iPhone anda pada laman tersebut yang mana boleh diambil dengan mendail *#06#. Sekiranya anda membeli iPhone yang dikatakan baru tetapi disajikan dengan paparan seperti ini, bermakna telefon anda adalah set refurbished/recondition.


Nasihat saya, jika anda ingin membeli iPhone refurbished/recondition sekalipun, sebaiknya cari kedai yang mempunyai kedai fizikal. Sebagai contoh, di laman Lelong.com.my, ada beberapa kedai yang menjual iPhone refurbished/recondition secara terang-terangan (tanpa perlu mengclaim diri mereka menjual iPhone original) dan menariknya, mereka juga ada kedai fizikal mereka sendiri. Perkara ini penting sekiranya iPhone recon anda rosak, pihak mereka sendiri akan membaiki iPhone anda dengan syarat waranti yang ditetapkan.



Kepada penjual, tidak salah untuk menjual iPhone recon sebenarnya. Nak jual, jual lah. Tapi dengan syarat kena nyatakan kepada pembeli secara terang dan bukannya dikelirukan dengan istilah “iPhone new set” atau “original set”. Sebaliknya, beritahu yang anda menjual telefon refurbished/recondition untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dari segi waranti rasmi.

Kepada pembeli juga tidak salah untuk membeli iPhone refurbished atau recondition ini. Ia menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding harga rasmi. Tapi seperti saya katakan di atas, ia merupakan telefon original namun hadir dengan bahagian third party seperti body dan bateri yang selalunya tidak bertahan lama. Sekiranya telefon anda rosak, anda tidak boleh sama sekali untuk claim waranti telefon tersebut melalui waranti rasmi Apple Malaysia sebaliknya perlu dirujuk di tempat anda beli iPhone tersebut.

SUMBER GAMBAR: ASYRAF HIGHTECH

KREDIT : HTTPS://AMANZ.MY/201580683/

Tuesday 14 June 2016

10 Laptop Gaming Terbaik di tahun 2016

laptop gaming terbaik
ASUS G750
Laptop gaming adalah laptop yang mempunyai spesifikasi yang sangat tinggi berbanding dengan laptop – laptop lain.Laptop ini mampu memainkan pelbagai permainan tanpa halangan.
Laptop gaming harus mempunyai fizikal yang kuat, pemproses yang cepat, graphic yang tinggi dan RAM yang besar.Intinya adalah semua para pemain mahukan komputer riba yang kini menjalankan game tidak crash, not responding,pandangan tidak patah – patah.
Perkembangan game di dunia kini sangat berkembang pesat, walaupun banyak juga permainan yang bagus yang dimainkan di telefon pintar, tetapi orang – orang juga tidak meninggalkan game PC.
Kini game PC lebih menekankan aspek grafik 3D, bahkan sekarang ini sudah hadir game – game yang sudah mempunyai kualiti HD yang tidak boleh dimainkan disembarang laptop.
laptop gaming dengan spesifikasi yang sangat tinggi tentu mempunyai harga yang sangat mahal.
Laptop Gaming Terbaik yang boleh menjadi pilihan di tahun 2016
Kini di artikel ini kami menyajikan beberapa laptop gaming yang boleh kamu pilih ditinjau dari spesifikasi.
Laptop Gaming terbaik ini bukan hanya menurut pengamatan kami, tetapi adalah penilaian dari majoriti gamers di seluruh dunia.
1. Acer Aspire V15 Nitro
Acer mempunyai siri laptop gaming iaitu Acer Aspire V15 Nitro, dengan skrin bersaiz 15.5 inci berteknologi Ultra HD yang boleh memaparkan resolusi imej sehingga 3840×2610 piksel.
Menggunakan processor Intel Core i7-704710HQ Quad-Core yang dapat berjalan dengan kelajuan 3.5 GHz. Kapasiti RAM mencapai 16GB DDR3 Dual Channel Memory.
Jenis acer ini juga mempunyai peyimpanan degan SSD 256GB atau juga 1TB HDD (1TB = 1000GB)
Laptop gaming yang cukup rignan dengan berat hanya 2.4 kg.
2. ASUS G750
Laptop Gaming ini mempunyai Prosesor Intel Core i7-4700HQ yang mempunyai kelajuan sehingga 2.4 GHz, juga dilengkapi dengan RAM berkapasiti 12 GB – 32 GB.
ASUS G750 juga mempunyai saiz skrin 17.3 inci yang mampu bermain game hingga resolusi 1920 x 1080 piksel.
Laptop ini juga mempunyai kapasiti simpanan (HardDisk Internal) mencapai 1TB.

3. ASUS ROG G501
Selain ASUS G750, jenama ASUS juga menambah koleksi laptop gaming mereka dengan siri ROG (Republic Of Gamers).
Laptop ini mempunyai pemproses Intel Core i7 dengan kelajuan sehingga 3.6 GHz, dilengkapi dengan RAM 16GB DDR3. Kapasiti Hardisk mencapai 521 GB Pclex4 SSD.
Keunggulan lain adalah bahawa siri yang satu ini direka dengan badan daripada aluminium hanya setebal 20.6mm sahaja dengan berat 2.6 kg tetapi sangat kuat.
4. ASUS ROG G751JY
Ia seolah-olah laptop ASUS layak menyandang nama laptop gaming, kerana banyaknya menghadirkan siri gaming.
Satu lagi laptop gaming pilihan dari ASUS adalah siri ROG G751JY.
Laptop ini mempunyai skrin bersaiz 17.3 inci dengan pemproses Intel Core i7 4860HQ dengan RAM 32GB DDR3L
Ciri-ciri grafik juga sangat disokong dengan Nvidia GeForce GTX 980 untuk memaparkan pengalaman bermain yang terbaik dan juga kapasiti simpanan 512 GB dan 1 TB
5. Dell Alienware 17
Dell kembali menghadirkan siri laptop gaming yang pastinya lebih baik daripada siri di atas. Alienware 17 ini juga menjadi laptop impian para gamers sejati.
Reka bentuk yang cukup elegan dengan berat total 4.1 kg.
Skrin bersaiz 17.3 inci berteknologi WLED HD + dengan saiz resolusi 1600 x 900 piksel, paparan ini juga disokong dengan Anti-glare Display iaitu skrin anti silau.
Dell Alienware 17 ini mempunyai pemproses Intel Core i7-4710 dengan RAM bersaiz 8GB dan juga memori dalaman bersaiz 500GB serta VGA GeForce GTX 765M.
Keunggulan lain adalah bahawa bateri boleh bertahan selama 7 jam.
6. Dell Alienware M17X
Siri Dell ini juga mirip dengan siri Alienware dengan saiz skrin yang sama, pemproses Intel Core i7-3630QM kelajuan 3.4 GHz yang dipadukan dengan RAM 3GB DDR3 untuk menghasilkan prestasi maksimum.
Disokong dengan VGA NVidia GeForce GT660M dan juga kamera 3.2 MP dan bluetooth 3.0
7. HP Omen 15
laptop gaming terbaik

HP melancarkan laptop gaming dengan siri HP Omen 15 yang bersaiz 15.6 inci dengan resolusi skrin mencapai 1920×1200 piksel.
Pemproses Quad-Core Haswel yang setara dengan Intel Core i7 dengan paduan RAM 16GB DDR3L,
Keunggulan lain adalah dalam ciri-ciri audio menyematkan Speaker Beats Audio.
8. Lenovo IdeaPad Y50
Perankgat ini direka dengan bergaya dan elegan sehingga sangat sesuai untuk menggambarkan keperibadian pelanggan moden yang ingin laptop yang slim dan ringan.
Dengan saiz skrin 15.6 inci dan resolusi 3840 x 2160 piksel UltraHD mempunyai prosesro generasi
ke-4 Intel Haswll lengkap dengan RAM yang berukuran 4 – 16 GB DDR3. Hardisk juga bersaiz 1TB boleh meyimpan file yang cukup besar.
Selain itu siri lenovo siri ini disokong dengan skrin sentuh multi-touch yang memudahkan penggunaan.

9. MSI GT70
laptop gaming terbaik


Laptop khusus gamer dari MSI dengan jenis GT70 ini disokong dengna papan kekunci yang boleh menyala dalam kegelapan.
Spesifikasinya menggunkaan Intel Core i7-4600MQ dengan RAM 8 GB hingga 32GB, HDDD 1TB dan SSD 128 GB.
Paparan dari komputer riba ini berukuran 1920 x 1080 piksel.

10. MSI GT80 Titan
Hadir lagi 1 siri laptop gaming dari MSI dengan jenis GT80 Titan dengan teknologi papan kekunci mekanikal, iaitu keyboard yang menggunakan switch mandri yang berasingan di bawah tipa butang untuk menghadrikan durabilitas tinggi.
MSI GT80 Titan dilengkapi dengan skrin bersaiz 18.4 inci WLED FHD dengan resolusi 1920 x 1080 dengan anti silau.
Disokong dengan processor Intel Core i7 – 4720HQ kelajuan 2.6 GHz dipadukan dengan Ram 32 GB.
Di bahagian grafik, siri ini menggunkana 2X Nvidia GTX 980M SLI, kemudian simpanan dengan saiz 236SSD ditambah 1TB HDD.

Monday 13 June 2016

Mengenali Isyarat Dan Punca Kerosakkan Komputer

Sering terjadi..apabila kita ON komputer tiba-tiba display(paparan) lcd ataupun monitor menjadi gelap,padahal Lcd ataupun monitor kita dalam berkeadaan baik. Hal ini di sebabkan salah satu hardware pada Cpu mungkin tidak berfungsi ataupun rosak. Berikut adalah beberapa hardware yang sering bermasalah.

1. RAM(Random Access Memory)


Apabila RAM ini tidak berfungsi BIOS(Basic Input OutPut System) pada motherboard.Ia akan mengeluarkan isyarat bunyi seperti Beep..beep,bermakna RAM tidak berfungsi ataupun rosak..Jangan diketuk-ketuk pula cpu anda.. Sebelum ini mungkin ketukkan anda berjaya.. 
Nanti CPU anda akan rosak terus.

2. PSU (POWER SUPPLY)


 Anda tidak dapat ON kan komputer.Ini disebabkan masalah pada power supply pada komputer anda. Cara paling berkesan untuk mengesan kerosakkannya ialah melihat FAN (kipas pada power supply) anda tidak berpusing.

3. CPU (PROCESSOR) 


Sebab lain Komputer anda tidak dapat ON.Kerosakan pada Processor salah satu punca juga.Kerana Processor merupakan element yang penting dalam CPU(komputer).

Credit : http://shahteamberkk.blogspot.my/2010/09/belajar-memahami-rintihan-komputer.html

Friday 10 June 2016

CARA MEMPERCEPAT STARTUP KOMPUTER


Mengapa komputer lama saat dihidupkan? apakah ada yang salah pada sistemnya atau pada komputernya? apakah komputer mengalami kerosakan? pertanyaan itu sering muncul ketika kita menghidupkan komputer tetapi loading startup untuk menampilkan windows menjadi sangat lama. Pada kesempatan ini saya akan ajar tentang cara mempercepat startup windows sehingga anda tidak perlu menunggu lama saat menghidupkan komputer. Pada saat komputer pertama kali dihidupkan, komputer akan meload semua program-program yang ada untuk ditampilkan pertama kali pada windows, jika semakin banyak program yang akan dibuka oleh system maka proses untuk load data dari program memerlukan waktu yang lama pula. untuk itu ada beberapa tips yang boleh diterapkan untuk mempercepat loading startup pada komputer:

1.  Langkah pertama kita akan meminimalis program yang akan dibuka oleh system pertama sekali dengan masuk ke system startup iaitu dengan menekan Windows + R pada keyboard atau mencari run pada windows anda.

2.  Langkah kedua tekan msconfig pada ruangan run kemudian klik OK atau menekan ENTER.


3.  Akan muncul system configuration, setelah itu klik startup pada menu bar dibahagian      atas

4.  Setelah muncul pilih disable all atau anda boleh tutup program yang diinginkan. kemudian klik apply dan OK

5.  Selanjutnya pilih boot pada menu bar kemudian pilih advanced options
6.  Pilih number of prosessor kemudia pilih 2 jika komputer anda dual core dan pilih yang lain jika komputer anda mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. selanjutnya klik OK

7.  Kemudian anda akan kembali ke  system configuration, Klik OK untuk save.

Sekiranya anda hendak tahu lebih lanjut, call/whatsapp kami untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.





Jenis-Jenis Solid State Drive (SSD)

Kebanyakan orang sekarang telah mendengar SSDs dan manfaat mereka membawa. Sekarang, kita akan melihat dengan lebih dekat pada faktor bentuk yang berbeza yang ditawarkan di pasaran semasa: 2.5 “, mSATA, M.2, dan PCI-E.
Faktor bentuk yang paling biasa, dan pada masa yang paling berpatutan, adalah 2.5 “SSD. Pemacu sendiri dikurung dalam shell ringan dan akan memerlukan penyambung SATA untuk kuasa dan memindahkan data. Anda biasanya boleh mencari pemacu ini dalam komputer peribadi, kecil PC faktor bentuk, dan komputer riba, yang digunakan sebagai pemacu but atau penyelesaian penyimpanan tunggal kerana harga yang sentiasa memperbaiki setiap nisbah gigabit.
2.5_ssd
Seterusnya  mSATA SSD. mSATA, atau Mini-SATA, merujuk kepada kedua-dua faktor bentuk SSD serta antara muka. Jenis SSD ini adalah jauh lebih kecil daripada 2.5 “drive dan  litar yang terdedah. Aplikasi biasa bagi pemacu ini adalah netbook, komputer riba, PC kecil faktor bentuk, dan peranti lain yang memerlukan tapak yang lebih kecil.

M.2 SSDs adalah sama dengan pemacu mSATA dan juga datang dalam sebagai papan litar yang terdedah. Nama ini merujuk kepada faktor bentuk dan penyambung dan terdapat kedua-dua SATA dan PCI-E varientsvariants. Perbezaan yang paling ketara adalah bahawa dalam faktor bentuk M.2 terdapat pelbagai kombinasi lebar dan panjang yang berbeza, membolehkan lebih banyak fleksibiliti dalam penggunaannya. Oleh kerana saiz lebih serba boleh, mereka biasanya digunakan untuk penyelesaian mudah alih seperti ultrabook atau tablet. Selain itu, M.2 boleh menyokong NVMe, memberi rangsangan prestasi berbanding rakan-rakan mereka. NVMe dibangunkan sebagai antara muka baru yang memberikan prestasi yang meningkat daripada PCI-E SSDs lebih AHCI kerana kemampuannya untuk menyokong sehingga 64,000 commands.
m.2_ssd
Baru-baru ini, PCI-Express SSDs telah memasukkan pasaran pengguna arus perdana. Bentuk SSD adalah yang paling mahal dari segi harga setiap gigabit tetapi juga menawarkan prestasi yang terbaik. Ini SSDs menggunakan slot PCI-E kerana antara muka mereka dan sebagainya akan terhad kepada kelajuan slot PCI-E. PCI-E baru Zotac ini SSD, Sonix, akan membolehkan pengguna menikmati 480GB penyimpanan kira-kira 4X lebih cepat daripada SSD standard anda dengan Sequential Baca kelajuan sehingga 2,600 MB / s dan kelajuan Tulis Sequential sehingga 1,300 MB / s dengan 512 MB DDR3 High-Speed Cache.
NAND adalah sejenis ingatan kilat yang digunakan dalam pemacu keadaan pepejal dan mempunyai manfaat yang tidak menentu, bermakna ia boleh mengekalkan data walaupun dengan kuasanya. Terdapat beberapa jenis utama yang berbeza NAND: Level Single Cell (SLC), Multi-Level Cell (MLC), dan Triple Level Cell (TLC).
SLC adalah yang paling mahal, tetapi mempunyai kelajuan yang lebih cepat menulis, penggunaan kuasa yang rendah, dan Program tinggi / kitaran Padam. SLC biasanya digunakan untuk penyelesaian gred perusahaan.
MLC mempunyai kos yang lebih rendah kerana kepadatan data yang lebih tinggi, tetapi mengalami kelajuan yang lebih rendah menulis, lebih rendah P / kitaran E, dan penggunaan kuasa yang lebih tinggi daripada SLC. MLC adalah standard gred pengguna, dan NAND yang terdapat dalam Zotac pemacu keadaan pepejal.
TLC adalah lebih tumpat daripada MLC, menguatkan kedua-dua kebaikan dan keburukan. Maknanya, ia adalah kos yang paling rendah bagi setiap GB dengan kelajuan menulis yang lebih rendah dan kitaran P / E dengan faedah kepadatan storan yang lebih tinggi. TLC juga gred pengguna, tetapi tidak seperti yang lazim dijumpai MLC.
Sumber : Zotec